Tone Wow Plan menawarkan pelan yang tidak membebankan penggunanya; meskipun penggunanya tidak ingin membuat perniagaan dengan prabayar Tone Wow.
Pelan Data + Panggilan Bulanan
Untuk bundle plan ini, sekiranya baki data anda belum habis, anda boleh bawa baki data ke bulan hadapan sehingga 45GB dengan syarat anda topup/langgan pakej yang sama sebelum tempoh sah data anda tamat.
Komen - Yang selalu orang tak tau, bila korang topup RM30, RM50, kredit anda akan terus ditolak secara automatik untuk melanggan pakej 30 dan 50. Jadi kalau kalau topup 30, dan 50, tetiba kredit jadi 0, jangan pulak marah atau menggelabah. Cek baki data anda melalui USSD *128# atau lebih baik terus guna apps Tone Wow.
Nasihat pakcik, topup RM10, RM10, atau topup RM100 sekaligus untuk elakkan kredit anda ditolak secara automatik.
Pakcik cadangkan anda hanya ambil pakej RM30 atau RM60, sebab yang RM50 tu ada speed cap 3GB sehari. Maksudnya, apabila anda capai penggunaan 3GB, internet anda akan jadi slow sampai la kebesokan hari di mana speed cap akan di 'refresh' semula.
TWD50 - Pelan Data Internet Sahaja
Bagi mereka yang gemarkan pelan data sahaja tanpa panggilan, pakej ini adalah untuk mereka. Harganya RM50 sebulan. Pelan ni tiada carryforward data, cuma kalau data 20GB tu habis, masih ada UNLIMITED basic data.
Ni pelan kegemaran saya, sebab lepas langgan data ni saya boleh masukkan simkad ke modem 4G LTE dan jadikan internet hotspot untuk keluarga sebab kawasan saya belum ada Unifi.
Komen - Ramai topup RM50 terus tetiba terlanggan pelan bundle 15GB, pastu dorang marah tak tentu pasal sebab tak tau pasal benda ni. Sekali lagi saya ingatkan, topup RM10, RM10, atau topup RM100 sekaligus untuk elakkan kredit anda ditolak secara automatik.
* Pelan akan berubah dari semasa ke semasa untuk memastikan kadar adalah bersesuaian dengan pelan data semasa dan paling penting, tidak membebankan pengguna.